THAMAYANTHE A/P RAMASAMY

D20102041430

Friday 9 December 2011

Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :
a)      Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
b)     Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

a) Kata Kerja Transitif
1.      Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek )
2.      Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3.      Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan
4.      Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Mathan mendengar radio.
    • mendengar (kata kerja transitif)
    • radio (objek-kata nama)
5.      Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

·         Kucing itu menangkap seekor burung.
o    Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
·         Perempuan itu menjual sayur.
o    Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
·         Bapa sedang menulis surat.
o    Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

6.      Contoh

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


b)              Kata Kerja Tak Transitif

1.                  Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
2.                  Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :

·            Mereka berjalan pada hari cuti.
o  Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
·            Anjing itu sedang tidur.
o   Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
·            Hujan turun dengan lebatnya semalam.
o   Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

3.                  Kata kerja tak transitif juga dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
4.                  Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an, dan ber...kan.
5.                  Contohnya:
·         Ravi belum datang lagi.
·         Murid‑murid sedang belajar.
·         Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.
Contoh ayat:

1.            Mereka menjalankan jentera itu.
2.            Emak sedang menidurkan adik.
3.            Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4.            Halim mengikuti perbualan mereka.
5.            Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


Kata Kerja Pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan

Ada tiga jenis kata kerja pasif. Iaitu:

a)         Kata kerja pasif diri pertama - kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑.
Contohnya:        kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
b)         Kata kerja pasif diri kedua - berimbuhan kau‑.
Contohnya:        kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari,  dan kaupersilakan.
c)         Kata kerja pasif diri ketiga - berimbuhan di‑.
Contohnya:        diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan